Selasa, 17 Mei 2016

HIJRAH - KE ARAH KESEJAHTERAAN UNGGUL

Assalamualaikum w.b.t.
Salam sejahtera buat semua pembaca, saya mulakan dengan al- fatihah, semoga ALLAH sentiasa berikan yang terbaik buat kita semua..


Image result for alfatihah


Doa saya semoga di saat ini kita semua diberikan kehidupan yang terbaik yang patut kita miliki.
Setelah sekian lama berada dibidang ini, sudah tiba masanyanya untuk saya maju setapak lagi. Ingin saya umumkan di sini, bahawa saya akan mulakan operasi pusat jagaan berpantang bermula 1 Januari 2017. Bertempat di Bangi. Di sini anda boleh lihat dan pilih pakej di bahagian PAKEJ. Bermulanya 1 Januari 2017, buat sementara waktu saya tidak akan  memberi perkhidmatan rumah ke rumah lagi sepertimana yang biasa saya lakukan untuk memastikan perjalanan pusat jagaan ini berjalan dengan lancar. Sehinggalah saya mampu untuk menyediakan pekerja yang berwibawa untuk melakukan tugasan rumah ke rumah.

Penjagaan sepenuhnya siang dan malam khas buat ibu dan bayi. Jadual aktiviti dan menu pemakanan yang sesuai buat setiap pelanggan. Senaman ringan seperti Yoga dan Pilates akan diajar kepada pelanggan mengikut keperluan. Pelanggan juga digalakkan untuk mengunakan exercise bike dan treadmill untuk latihan ringan untuk pengeluaran peluh bagi melancarkan pengaliran darah dan detox.
Diet pemakanan buat semua pelanggan adalah berbeza mengikut keperluan masing-masing. Saya menggunakan kaedah pemakanan mengikut jenis darah bagi proses pemulihan yang terbaik.
Tidur dan rehat yang mengcukupi adalah amat penting untuk proses pemulihan. Para pelanggan dinasihatkan untuk mematuhi setiap aktiviti jadual yang disediakan jika ingin mendapatkan hasil yang cemerlang. Kerjasama adalah amat penting dalam mendapat kejayaan.

Setiap bayi akan tinggal bersama ibu di dalam bilik masing-masing. Setiap bilik mempunyai bilik air sendiri. Bayi tidak akan diletakkan di nurseri. Ini adalah penting untuk mengelakkan sebarang jangkitan. Pakaian para pelanggan akan dicuci secara berasingan. Saya akan memantau keperluan ibu dan bayi dari masa ke semasa.  Setiap bilik akan dilengkapi dengan penghawa dingin dan interkom. Setiap bilik dilengkapi dengan katil super single, cot bayi, changing table, almari pakaian ibu dan bayi, kerusi menyusu Maafkan saya ,Tv tidak tersedia di bilik tidur. Ini adalah untuk membantu pelanggan untuk mendapat rehat yang cukup. Ruang tamu tersedia TV , Treadmill dan Exercise Bike untuk penggunaan pelanggan. Peti ais juga disediakan di luar untuk memudahkan penyimpanan susu ibu. Pelawat tidak dibenarkan kecuali suami dan anak-anak seminggu sekali mengikut jadual giliran. Ini adalah untuk mengelakkan gangguan perjalanan jadual aktiviti harian pelanggan-pelanggan.

Selain daripada tinggal bersama di pusat jagaan, pelanggan boleh juga memilih pakej untuk jagaan harian.

Pasti, ramai yang berfikir, berpantang di rumah sendiri adalah lebih selesa. Bersama suami dan anak yg lain. Tetapi ramai yang terlupa, dengan persekitaran di rumah sendiri, kita tidak akan mendapat rehat yang mengcukupi dan seterusnya pulih dengan baik setelah tamat tempoh berpantang. Sekurang-kurangnya dapat berehat dengan sempurna untuk 7-14 hari selepas melahirkan dapat membantu sedikit sebanyak dalam proses pemulihan. Sungguh pun mempunyai pembantu rumah dan penjaga pantang yang datang setiap hari mahu pun tinggal sekali, keadaannya amat berbeza apabila kita tinggal di pusat jagaan. Mental dan fizikal kita akan lebih terbuka dan berdaya maju untuk pulih dengan baik

Pusat Jagaan Berpantang adalah berbeza dengan hospital. kami tidak menyediakan rawatan perubatan atau pun mesin-mesin perubatan. kami menyediakan perkhidmatan penjagaan dan keperluan ibu dan bayi seperti diet pemakanan, urutan, memastikan ibu mendapat rehat dan senaman yang berpatutan.

Sila hubungi saya untuk membuat tempahan awal untuk mengelakkan kekecewaan. Untuk perkhidmatan yang terbaik saya hanya menempatkan 3 pelanggan dalam satu masa.

Semoga usaha saya ini akan memberikan yang terbaik buat pelanggan saya yang saya sayangi semua.

INSYA ALLAH



 




Ahad, 9 November 2014

PEMAKANAN SEMASA BERPANTANG

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera saudaraku sekalian..

Hari ini saya ingin berkongsi cara pemakanan yang sesuai untuk mengembalikan kesihatan yang baik untuk ibu-ibu semua.. dan juga untuk membentuk kembali tubuh badan yang kurang cantik menjadi cantik dan yang memang dah cantik tu, bertambah-tambah cantik.

Untuk mendapat yang terbaik, saya syorkan makan mengikut jenis kumpulan darah. hasilnya cantik dan sihat. juga tidak lupa mengikut keperluan tubuh dan bergantung kepada kesihatan anda. sekiranya anda berpenyakit seperti asthma dan kencing manis, maka Dairy product mestilah dielakkan.

Semua pelanggan saya akan mendapat pelan pemakanan secara compulsary daripada saya. no added charges. 

cara masakan paling sesuai ialah steam, roast, boil, blanch, stir fry. 
saya juga banyak menggunakan herba dan buah-buahan kering cina. seperti Dang gui, angelica roots, red dates, astrigali roots dan macam-macam lagi. Herba ini sangat bagus dalam proses pemulihan yang tenang. ianya tidak panas dan tidak pula pahit.


Selasa, 4 November 2014

KONSEP PENYUSUAN SUSU IBU..

Assalamualaikum wbt.. buatsemua viewer.
Alhamdulillah saya masih sihat dan dikurniakan usia yang panjang untuk bersama dengan anda semua meredah kehidupan yang penuh pancaroba.

Dikesempatan ini ingin saya berkongsi pengetahuan  dan berkongsi pengalaman.
Susu ibu adalah pemakanan yang sangat baik untuk bayi anda. Dari awal kelahiran sehingga berusia sekurang-kurangnya 6 bulan bayi anda perlukan susu sebagai makanan utama. Susu itu sama ada daripada ibu ataupun formula.

Susu ibu adalah sangat ringan. Nutrien yang terdapat di dalamnya bergantung kepada apa yang diambil oleh ibu. Oleh itu ibu yang menyusukan bayi perlu mengamalkan pemakanan sihat dan  membuat jadual pemakanan yang seimbang dan mengcukupi keperluan ibu dan bayi. Ibu perlu mengambil semua jenis kategori makanan seperti daging, lemak, tenusu, kekacang, sayuran, buahan, minuman dan juga pemakanan sampingan seperti akar kayu atau buahan kering yang mampu menambah kualiti dan kuantiti susu. Untuk pengatahuan semua, ia bukan sahaja menambahbaikan kualiti dan kuantiti susu anda, ia juga mampu menjadikan tubuh anda cantik dan kesihatan anda lebih baik dari sebelumnya.





Saya juga mengamalkan pemakanan mengikut jenis darah. Cuma perlu disesuaikan dengan keadaan tubuh badan pelanggan. Alhamdulillah sehingga sekarang saya telah banyak membantu memberikan hasil yang terbaik untuk pelanggan-pelanggan saya yang amat dikasihi.

Bagi bayi anda, susu ibu adalah makanan terbaik yang boleh diambil oleh mereka sementara perut mereka masih belum matang untuk memproses makanan. Bagusnya susu ibu, ia tiada had maksima untuk diminum. Bila sahaja bayi anda mahu menyusu, berikan sahaja. Maksudnya, anda boleh susukan bayi anda sebanyak mana yang bayi anda minta. Begitu juga dengan sukatan susu formula. Tiada had sukatan kekerapan yang perlu. Semuanya "ON DEMANDS". Memang di tin susu ada sukatan yang perlu untuk usia tertentu. Ianya adalah sukatan minimum. Sebaiknya jangan berkurang, boleh lebih mengikut permintaan bayi anda.

Pemakaian barut bayi adalah untuk menyukat kadar keperluan susuannya. Sama seperti ibu juga.. jika terlebih makan, perut akan rasa tidak selesa. Tetapi pemakaian barut baby hendaklah tidak ketat. Cukup sekadar boleh masukkan dua jari anda.





Bagi ibu yang mempunyai banyak kelapangan masa, dinasihatkan susui bayi anda langsung dari tubuh anda. Untuk hasil yang bagus, maksudnya tidak memenatkan anda dan juga bayi mendapat cukup bekalan, cuba pantau masa dan kekerapan bayi anda menyusu. Sediakan carta penyusuan mengikut jam. Perhatikan kekerapan dan kadar keperluan bayi anda. Anda perlu menyusun masa sedari mula untuk mendapat hasil yang baik. Aturkan keperluan bayi anda semenjak dari kelahirannya. Dengan itu anda akan mendapat rehat yang cukup dan bayi anda akan mendapat bekalan yang cukup untuk tumbesaran yang sihat dan menjadi bayi yang gembira.' HAPPY BABY'

Bagi ibu yang mempunyai masa yang terhad , samada bekerja atau berniaga dimana memerlukan rehat yang cukup untuk proses pemulihan yang cemerlang.. anda bolehlah gunakan pam untuk membuat bekalan bagi bayi anda. Ia bukan sahaja sangat baik bagi bayi anda, dimana bayi anda akan mendapat khasiat yang baik dari susu anda, ia juga sangat baik bagi anda dimana anda akan mendapatkan tubuh yang lebih sihat dan langsing. Ia juga membantu menberikan kepuasan bagi anda kerana boleh ketahui berapa banyak bayi anda makan dalam suatu masa tertentu.

Oleh itu , kesimpulannya keputusan terletak ditangan anda. Jika anda mahukan yang terbaik buat anda sekeluarga, usahakanlah ia seboleh yang mampu. Hakikatnya .. Anda mampu melakukannya apabila anda sedar akan kebaikan yang boleh anda manfaat darinya. Tiada kehidupan tanpa masalah..Tiada masalah yang tiada penyelesaian.. jadilah WANITA CEMERLANG untuk diri dan keluarga.

Sesungguhnya " WANITA ANGGUN WANITA CEMERLANG "
INSYA-ALLAH
Secebis coretan dari saya, SALINA SALLEH dari BELLEDRIVE, Repulsebay , Hong Kong.



Isnin, 30 Jun 2014

BENGKUNG SALINA.

Diperbuat daripada kain belacu bermutu tinggi dan juga swiss cotton.
Sangat lembut dan sesuai dipakai sepanjang masa untuk jangka masa yg lama.
Beukuran mengikut saiz customer dan cukup labuh (24 ")  untuk hasil yang cemerlang.

Fungsi bengkung adalah:

1) Memecahkan lemak dan merampingkan pinggang
2) Menarik tulang punggung untuk rapat kembali seperti sebelum mengandung
3) Mengawal pengambilan makanan dan minuman secara berlebihan
4) Memegang dan membetulkan kedudukan tulang belakang supaya sentiasa lurus
5) Memegang kedudukan rahim supaya sentiasa berada dikedudukan yang betul

Pemakaian bengkung sangat perlu bagi mereka yang baru melahirkan sama ada secara normal atau czer.

Sila hubungi saya untuk keterangan lanjut:

SALINA SALLEH 0192969572 (whatsapp)




Ahad, 18 Mei 2014

WANITA ANGGUN WANITA CEMERLANG!

Assalamualaikum wbt..

" Wahai Muslimah.. anak lebih utama dari kekayaan, kesihatan lebih baik dari harta benda, keamanan lebih baik dari tempat tinggal dan pengalaman lebih mahal dari harta.. "
                                                                     La Tahzan ; Dr. Aidh Al-Qarni

Salam sejahtera buat semua viewer.. semoga kita sentiasa berada di bawah lindungan Nya.
Zuriat kita.. waris kita.. tiada makhluk yang tidak kasihkan anaknya. Sanggup melakukan apa sahaja untuk kebaikan dan kepentingan anaknya.
Kita sebagai manusia yang dianugerahkan Allah akal dan nafsu .. sebaiknya menilai keperluan kehidupan dan kasih sayang yang diberi. Janganlah kita membuta tuli memberikan apa sahaja yang dipinta.. dirayu tanpa menilai segalanya.
Begitu juga kita sebagai ibu, seharusnya berusaha menberikan yang terbaik untuk keperluan anak-anak. Bermula dari dalam kandungan lagi seharusnya kita bertanggungjawab untuk membentuk peribadi, emosi dan jiwa anak-anak kita. Emosi kita semasa mengandung akan mempengaruhi jiwa dan emosi bayi kita.Pemakanan yang baik, seimbang dan bersesuaian akan membentuk tubuh bayi yang sihat dan akal yang kuat.

Kesihatan yang baik lebih baik dari harta benda. Itulah hakikatnya..! Janganlah kita pandang remeh perkara yang berkaitan dengan kesihatan tubuh badan kita dan keluarga. Dengan kesihatan yang baik , kita boleh menjalani kehidupan yang gembira dan mampu melakukan apa sahaja yang diingini. Sekiranya nikmat sihat itu mula ditarik oleh Nya.. kita akan mula rasa sengsara, terpinggir dan seandainya memiliki harta yang banyak tetapi tidak dapat dinikmati dengan gembira.. maka sia-sia sahajalah segalanya. Oleh itu.. marilah kita menjaga kesihatan kita selagi kita masih mampu melakukanya.. dan sedarilah bahawa, bergunanya kita.. pentingnya kita.. dan nampaknya kita dimata dunia selagi kita masih sihat, bertenaga dan mampu memberikan yang terbaik untuk keperluan orang lain.

Keamanan adalah lebih baik dari tempat tinggal.. pada pandangan saya, seandainya.. kita memiliki rumah yang tersergam indah bak istana tetapi tiada kedamaian jiwa , kesihatan yang baik dan keluarga yang membahagiakan.. maka tiada bermaknalah segala apa yang kita miliki. Sememangnya tiada yang sempurna di dunia ini. Sekurang-kurangnya kita berusaha untuk mendapatkan dan memberikan yang terbaik untuk keluarga kita khususnya.. dan kehidupan yang terbaik untuk diri kita sendiri yang sememangnya sangat berharga.

Pengalaman lebih mahal dari harta benda..
Sejujurnya.. saya akui, pengalaman adalah lebih berharga dari harta benda. Semahal mana pun harta benda.. semewah mana pun kehidupan yang kita lalui, tidak akan sama dengan suatu pengalaman yang kita miliki. Tiada siapa pun yang menjalani kehidupan yang sama dan serupa. Sudah tentulah pengalaman yang berharga, yang berguna.. yang akan membentuk kehidupan kita seterusnya. Harta benda adalah keperluan yang ujud untuk kehidupan yang baik.. manakala pengalaman adalah keperluan yang tidak nyata untuk menghadapi segala rintangan dan permasalahan dalam kehidupan.

Marilah kita sama-sama berusaha untuk menjadi wanita yang Anggun dan seterusnya Cemerlang dalam kehidupan di Dunia dan akhirat.. InsyaAllah..

SURAH AL-KAUTSAR ( SUNGAI DI SYURGA )

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

SOLAT DAN BERKORBAN TANDA BERSYUKUR KEPADA NIKMAT ALLAH

1) Sesunguhnya Kami telah memberikan kepadamu sebuah sungai di syurga.

2) Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah.

3) Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu maka dialah yang terputus. (dari nikmat Allah)

Khamis, 14 November 2013

PEMAKANAN MENGIKUT JENIS DARAH SEWAKTU BERPANTANG DAN KEHIDUPAN SEHARIAN


Assalamualaikum wbt.. dan salam sejahtera buat semua viewer..

Hari ini saya ingin berkongsi pengetahuan dan pengalaman saya dari segi pemakanan. Sesungguhnya kita adalah apa yang kita makan.. Mental dan fizikal kita bermula dari apa yang kita makan sehari-hari. Makanan rohani dan jasmani.

Fahaman saya mengenai makanan jasmani adalah untuk kepentingan fizikal luaran dan dalaman tubuh kita. Sesuai apa yang dimakan akan dapat dilihat pada pandangan mata orang lain. Juga dari sudut kesihatan..

InsyaAllah kita akan sentiasa sihat dan segar.. serta dapat melakukan kegiatan seharian dengan baik.Sukar untuk mendapat sakit yang kronik dan sudah tentu akan kelihatan lebih sihat dan yang penting awet muda..

Contoh yang boleh saya berikan disini adalah diri saya sendiri. Saya mengamalkan pemakanan mengikut jenis darah. Secara jujurnya saya telah mengamalkan cara pemakanan ini untuk pelanggan-pelanggan saya selama lebih kurang 5 tahun. Tetapi saya sendiri sukar untuk mengikut aturan untuk diri sendiri. Saya mengambil remeh tentang pemakanan sendiri sedangkan pelanggan perlu mengikut dengan penuh disiplin. Sudah tentulah mereka perlu mengikut aturan yang saya tentukan untuk kebaikan mereka. Kenapa perlu bayar mahal-mahal untuk orang jaga kita kalau tidak mengikut segala jadual dan aturan yang ditetapkan. Semuanya adalah untuk kebaikan pelanggan itu sendiri.. supaya kejayaan dalam proses pemulihan dengan cemerlang. Walaupun ada juga beberapa orang yang tidak kuat disiplin dan mental untuk mematuhi segala perancangan. Hasil setiap projek adalah mengikut kekuatan dan kegigihan pelanggan itu sendiri. Saya hanya mampu untu membuatkan perancangan dan menjalankanya. Saya sedaya upaya berusaha membantu untuk pencapaian yang cemerlang.. Tiada apa yang dapat saya lakukan kecuali sokogan moral.

Saya pernah kalah dalam satu perjuangan untuk pemulihan seorang pelanggan. Memang sangat pedih saya rasakan walaupun mungkin pelanggan itu tidak merasakan apa-apa ataupun menyalahkan saya kerana hasil tidak seperti yang dirancang. Kekuatan mental sangat saya perlukan untuk proses pemulihan seorang wanita yang baru lepas melahirkan. Saya kira ketika itu saya tidak punyai kekuatan yang jitu untuk melawan segala masalah yang timbul. Saya berada dalam trauma selama 6 bulan selapas kejadian itu. Saya hilang keyakinan untuk teruskan pekerjaan ini . Dalam masa 6 bulan saya banyak mengkaji diri.. dimanakah kesilapan saya.. kenapa saya tidak mampu berikan yang terbaik buat pelanggan saya. Alhamdulillah tidak timbul dihati saya bahawa sikap pelanggan itu yang menjadikan saya gagal. Saya gagal kerana kelemahan dan kesilapan sendiri. Saya berusaha mencari kesilapan diri..

Inilah kesilapan saya..

Saya tidak mengamalkan kehidupan sebagaimana yang saya aturkan kepada pelanggan-pelanggan saya. Saya tidak cukup kuat dari segi rohani dan jasmani. Saya tidak suapkan makanan yang cukup untuk jiwa dan raga saya sendiri.
Bagaimana saya boleh menjadikan orang lain cemerlang dan bahagia sekiranya saya sendiri tidak mencapai kecemerlangan dan kebahagiaan dalam kehidupan saya sendiri..
Bangkit dari kesedaran itu.. saya mula mengamalkan kehidupan yang sihat dan sentiasa positifkan pemikiran untuk mencapai kestabilan diri.

Saya mula makan mengikut keperluan darah saya.. saya berdarah A+. Jadi saya perlu mengikut plan pemakanan vegetarian. Bukan sepenuhnya vegetarian.. Saya boleh makan ayam dan ikan laut dalam. Saya sememangnya tidak suka ayam.. Saya tidak boleh mengambil protien dari daging merah  dan produk tenusu.
Ini adalah sukar bagi saya kerana saya amat sukakan daging dan susu putih. Dan sebenarnya inilah punca saya tidak dapat mengawal pemikiran dengan baik kerana kerap mengambil makanan yang tidak boleh menyerap dengan baik dalam tubuh. Malah menjadi racun dalam darah yang mengalir di seluruh pelusuk tubuh. Dalam masa yang sama juga saya mendapat penyakit kegatalan kulit seluruh tubuh yang tidak terkawal rasanya. Ia tidak kelihatan pada kulit tetapi terasa sangat terseksa kerana sentiasa berasa gatal. Puas sudah saya mencuba pelbagai jenis perubatan.. moden, tradisional dan TCM. Adakala berkurangan.. sebaik sahaja tamat tempoh rawatan, ia kembali seperti dulu.. gatal menjadi-jadi.. Kebanyakan pakar perubatan menyatakan saya mengalami keracunan dalam darah..
Saya mula muhasabah diri.. memikirkan apakah kesilapan yang saya lakukan sehari-hari sehingga dihinggap penyakit sebegini. Saya kembali membaca buku-buku motivasi dan kembali mengenal diri.. Alhamdulillah..

Kesilapan yang paling besar saya lakukan tetapi langsung tidak sedar.. kerana ia adalah perkara remeh.. yang pastinya kebanyakan manusia lakukan. Lakukan untuk orang lain.. untuk mencari kebendaan tetapi tidap diterap pada diri sendiri..
Sekarang.. alhamdulillah.. saya rasa lebih lapang dan hati lebih ringan dalam menghadapi kehidupan yang penuh pancaroba. Tubuh badan saya juga lebih sihat dan saya sendiri gembira melihat diri saya sendiri sekarang.
Apa yang penting kita hendaklah sentiasa berfikiran positif didalam menangani setiap perkara.. Pastikan apa yang disuap ke mulut bukanlah racun yang berupa makanan yang merosakkan diri kita sedikit demi sedikit. Dan yang paling penting.. kekuatan mental..
Kekuatan mental datangnya dari hati yang tenang.. hati yang tenang datangnya dari petunjuk. Untuk mendapat petunjuk..mestilah kene ada pegangan.. Berpeganglah kepada Tuhan. Mohon petunjuk dan hidayahnya. InsyaAllah..

Inilah yang saya katakan makanan rohani dan jasmani. Kebahagiaan dan kejayaan dalam kehidupan kita bergantung kuat kepada dua perkara ini. Semua manusia sama keperluannya dari segi ini. Tidak kira apa bangsa.. miskin atau kaya.. selagi kita mampu menghargai diri.. selagi itulah kita akan mencapai kebahagiaan dan dalam kehidupan. Sayangi diri kita untuk orang lain menyayangi kita..

Salam sayang dari saya buat viewer semua..

INSYA-ALLAH..

Rabu, 6 November 2013

PERUBAHAN HARGA PACKAGE DAN KEPERLUAN TAMBAHAN..

ASSALAMUALAIKUM WBT.. DAN SALAM SEJAHTERA..

Sekali lagi kita bertemu di sini ya..

Hari ini ingin saya mengumumkan bahawa saya telah menaikkan harga package sebanyak 20%.
Ini adalah mengikut kadar pasaran semasa dan juga keadaan ekonomi yang semakin meningkat.

Begitu juga harga keperluan tambahan seperti herba untuk masakan dan minuman.. disebabkan kkedai juga telah menaikkan harga barang.. maka saya terpaksalah naikkan juga harganya.

Kadar milage adalah seperti biasa bagi kawasan luar Kuala Lumpur. RM0.80 pkm.

Bayaran booking adalah masih tetap 20% dari harga Package.
Namun.. Clients perlu lunaskan 50% dari baki yang tinggal pada hari saya tiba di lokasi.
Baki terakhir perlu di lunaskan pada hari terakhir service saya.

1. Saya boleh tidur bersama bayi dan ibu untuk membantu pada waktu malam.
2. Bayi juga boleh tidur bersama saya sekiranya minum dari botol.(expressed or formula)
3. Saya boleh melakukan groceries shopping.
 
Bayaran untuk kerja-kerja tambahan tersebut adalah mengikut perbincangan.

Seperti biasa clients perlu sediakan keperluan asas harian, makanan & minuman serta bilik untuk istirehat dan solat untuk saya.

Adalah dimaklumkan bahawa tugasan saya bukanlah seperti pembantu domestik. Saya hanya melakukan kerja-kerja untuk Ibu dan Bayi.
Sekiranya terdapat kelapangan saya akan membantu serba sedikit yang termampu.. InsyaAllah.

Sekian untuk update kali ini.. Harap maklum.