KONSEP PENYUSUAN SUSU IBU..

Assalamualaikum wbt.. buatsemua viewer.
Alhamdulillah saya masih sihat dan dikurniakan usia yang panjang untuk bersama dengan anda semua meredah kehidupan yang penuh pancaroba.

Dikesempatan ini ingin saya berkongsi pengetahuan  dan berkongsi pengalaman.
Susu ibu adalah pemakanan yang sangat baik untuk bayi anda. Dari awal kelahiran sehingga berusia sekurang-kurangnya 6 bulan bayi anda perlukan susu sebagai makanan utama. Susu itu sama ada daripada ibu ataupun formula.

Susu ibu adalah sangat ringan. Nutrien yang terdapat di dalamnya bergantung kepada apa yang diambil oleh ibu. Oleh itu ibu yang menyusukan bayi perlu mengamalkan pemakanan sihat dan  membuat jadual pemakanan yang seimbang dan mengcukupi keperluan ibu dan bayi. Ibu perlu mengambil semua jenis kategori makanan seperti daging, lemak, tenusu, kekacang, sayuran, buahan, minuman dan juga pemakanan sampingan seperti akar kayu atau buahan kering yang mampu menambah kualiti dan kuantiti susu. Untuk pengatahuan semua, ia bukan sahaja menambahbaikan kualiti dan kuantiti susu anda, ia juga mampu menjadikan tubuh anda cantik dan kesihatan anda lebih baik dari sebelumnya.





Saya juga mengamalkan pemakanan mengikut jenis darah. Cuma perlu disesuaikan dengan keadaan tubuh badan pelanggan. Alhamdulillah sehingga sekarang saya telah banyak membantu memberikan hasil yang terbaik untuk pelanggan-pelanggan saya yang amat dikasihi.

Bagi bayi anda, susu ibu adalah makanan terbaik yang boleh diambil oleh mereka sementara perut mereka masih belum matang untuk memproses makanan. Bagusnya susu ibu, ia tiada had maksima untuk diminum. Bila sahaja bayi anda mahu menyusu, berikan sahaja. Maksudnya, anda boleh susukan bayi anda sebanyak mana yang bayi anda minta. Begitu juga dengan sukatan susu formula. Tiada had sukatan kekerapan yang perlu. Semuanya "ON DEMANDS". Memang di tin susu ada sukatan yang perlu untuk usia tertentu. Ianya adalah sukatan minimum. Sebaiknya jangan berkurang, boleh lebih mengikut permintaan bayi anda.

Pemakaian barut bayi adalah untuk menyukat kadar keperluan susuannya. Sama seperti ibu juga.. jika terlebih makan, perut akan rasa tidak selesa. Tetapi pemakaian barut baby hendaklah tidak ketat. Cukup sekadar boleh masukkan dua jari anda.





Bagi ibu yang mempunyai banyak kelapangan masa, dinasihatkan susui bayi anda langsung dari tubuh anda. Untuk hasil yang bagus, maksudnya tidak memenatkan anda dan juga bayi mendapat cukup bekalan, cuba pantau masa dan kekerapan bayi anda menyusu. Sediakan carta penyusuan mengikut jam. Perhatikan kekerapan dan kadar keperluan bayi anda. Anda perlu menyusun masa sedari mula untuk mendapat hasil yang baik. Aturkan keperluan bayi anda semenjak dari kelahirannya. Dengan itu anda akan mendapat rehat yang cukup dan bayi anda akan mendapat bekalan yang cukup untuk tumbesaran yang sihat dan menjadi bayi yang gembira.' HAPPY BABY'

Bagi ibu yang mempunyai masa yang terhad , samada bekerja atau berniaga dimana memerlukan rehat yang cukup untuk proses pemulihan yang cemerlang.. anda bolehlah gunakan pam untuk membuat bekalan bagi bayi anda. Ia bukan sahaja sangat baik bagi bayi anda, dimana bayi anda akan mendapat khasiat yang baik dari susu anda, ia juga sangat baik bagi anda dimana anda akan mendapatkan tubuh yang lebih sihat dan langsing. Ia juga membantu menberikan kepuasan bagi anda kerana boleh ketahui berapa banyak bayi anda makan dalam suatu masa tertentu.

Oleh itu , kesimpulannya keputusan terletak ditangan anda. Jika anda mahukan yang terbaik buat anda sekeluarga, usahakanlah ia seboleh yang mampu. Hakikatnya .. Anda mampu melakukannya apabila anda sedar akan kebaikan yang boleh anda manfaat darinya. Tiada kehidupan tanpa masalah..Tiada masalah yang tiada penyelesaian.. jadilah WANITA CEMERLANG untuk diri dan keluarga.

Sesungguhnya " WANITA ANGGUN WANITA CEMERLANG "
INSYA-ALLAH
Secebis coretan dari saya, SALINA SALLEH dari BELLEDRIVE, Repulsebay , Hong Kong.



Ulasan

Catatan Popular